Sunday, 4 October 2015

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) makin menghampiri


Bismillahirrahmanirrahim..

Berbaki lagi 7 hari bagi pelajar tingkatan 3 untuk membuat persediaan menghadapi ujian bertulis PT3. Walaupun PT3 tidak seutama peperiksaan SPM, namun ia penting untuk menguji tahap pembelajaran pelajar bagi peringkat menengah rendah. 

UJIAN BERTULIS PT3 BERMULA 12 OKTOBER 2015 ( ISNIN )
.
.
.
.
15 OKTOBER 2015 ( KHAMIS )





Jadual Pentaksiran PT3




Monday, 14 September 2015

Islam di Sabah




1) Islam dipercayai menghampiri negeri Sabah pada abad ke-10 dan bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun-tahun akhir 1300 berdasarkan bukti bertulis jawi dalam bahasa Idahan di Kg Sapagaya, Lahad Datu.

2) Sekitar abad ke-16, apabila negeri ini dibahagi kepada 3 zon, perkembangan Islam semakin meluas. Kawasan pantai di antara Pandasan hingga ke Kimanis di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei; kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuga di bawah kekuasaan Islam kesultanan Sulu; sementara bakinya sebagai kawasan bebas, iaitu kawasan pantai dari Pandasan ke Teluk Marudu di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islam yang bergelar Syerif.
Hanya kawasan pedalaman dikuasai sendiri oleh beberapa suku kaum pribumi yang bukan Islam.

3) Sepanjang persisiran Pantai Barat didiami oleh suku kaum yang beragama Islam. Suku kaum Brunei dan Kadayan di Labuan, Sipitang, Weston, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut, Bongawan, Kimanis hingga ke Papar, Sementara suku kaum Bajau menetap di Papar, kawang, Kinarut, Putatan, Tanjung Aru, Inanam, Menggatal, Mengkabong, Tuaran hingga ke Kota Belud dan kawasan utara Kudat dan Pulau Banggi.

4) Pada masa awal perkembangannya, agama Islam sukar mempengaruhi suku kaum lain di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain yang tidak suka hidup dengan pergantungan kepada pencarian hasil laut.
Mereka banyak berada di kawasan daratan untuk mudah bercucuk tanam dan mengamalkan hidup sebagai pagan atau animisme. Kehidupan mereka yang berpindah randah di kawasan bukit bukau dan gunung ganang, terpisah dari kawasan yang sering dikunjungi oleh para muballigh Islam.




5) Di antara pejuang-pejuang dan pahlawan Islam yang menentang Inggeris ialah Pengiran Usop yang dibunuh di Sungai Kimanis; Syerif Usman di Teluk Marudu, Haji Saman (1846) di Sungai Membakut, Datu Baginda Puteh (1879) di Sandakan, Paduka Mat Salleh yang gugur dalam pertempuran di Tambunan pada 31 Januari 1900.

6) Sebelum perang dunia kedua, Putatan menjadi tempat penghijrahan ulama dari Kelantan pada tahun 1910an iaitu Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah. Sebelum ke Sabah, beliau mengembara dan berdakwah di Melaka, Selangor, Kedah dan Brunei.

7) Haji Yaakub menetap berhampiran dengan Masjid Putatan dan beliau diangkat sebagai guru agama dan imam Putatan. Selepas berkhidmat sebagai 5 tahun sebagai imam Putatan, beliau dilantik sebagai Imam Jesselton pada 1920 dan dalam masa yang sama terus berkhidmat sebagai imam di Putatan buat beberapa tahun.

8) Pada 12 Oktober 1934, Haji Yaakub mengangkat anaknya Haji Mohd Suhaili sebagai imam Putatan ketika Haji Suhaili baru berumur 16 tahun sehingga 11 Februari 1940 dan berhijrah ke Jesselton menjadi imam di sana menggantikan bapanya yang menghidap penyakit lumpuh.
Haji Yaakub meninggal dunia semasa berumur 100 tahun pada tahun 1941 dan dikebumikan di tanah perkuburan batu 2 1/2 jalan Tuaran.

9) Haji Suhaili mengasaskan penubuhan Khairat Jumaat Muslimin pada tahun 1947 bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan setelah berkuburnya Parti Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda di Sabah. Walaupun khidmat dakwahnya semakin meluas di Pantai Barat, penduduk Putatan terus mendapat khidmat bimbingan beliau. Haji Suhaili meletak jawatan sebagai imam Jesselton pada 21 Januari 1951 dan berhijrah ke Kuala Belait Brunei serta bertugas sebagai Naib Kadhi.

10) Haji Suhaili kembali ke Putatan setelah meletak jawatan pada 30 November 1951. Beliau bergerak dari daerah ke daerah untuk berdakwah sehingga beliau berhijrah pada 28 Februari 1954 ke Labuan. Bimbang dakwah Haji Suhaili semakin meluas, kerajaan Inggeris menghalau beliau keluar dari Sabah dengan notis 24 jam. Haji Suhaili kembali ke Brunei sehingga kembali ke Rahmatullah pada 4 Februari 1985.

11) Kerja dakwah diteruskan oleh Awang Abd Latif bin Awang Mohd Taha yang merupakan menantu kepada Haji Yaakub. Beliau menjadi imam di Putatan pada 1 April 1934 selama 6 1/2 bulan sebelum berhijrah ke Tuaran dan menjadi imam daerah di sana.

12) Nama-nama lain yang tercatat sebagai pendakwah di Putatan ialah Haji Ahmad Mus bin Hj Ismail (imam Putatan pada 40an-50an), Haji Milin Jeratil (imam pada tahun 50an), Haji Jilun, Haji Said Hj Ismail, Haji Satur, Haji Muhammad Said Hashim, haji Abd Sani Basi, Haji Mahali Abu Bakar, Haji Suin Abdul dan lain-lain.

13) Perjuangan Imam Yaakub dan Imam Suhaili diteruskan lagi oleh Hj Awang Sahari Abd Latif, cucu kepada Haji Yaakub dan anak saudara kepada Haji Suhaili. Hubungan yang rapat dengan Haji Suhaili menyebabkan semangat perjuangan Islam terus membara dalam diri Haji Awang Sahari khususnya bagi menubuhkan persatuan Islam.

14) Haji Awang Sahari bersama beberapa tokoh masyarakat menubuhkan Persatuan Islam Putatan (PIP) pada 1959, di samping kewujudan Persatuan Islam Sabah (PIS) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Antara kejayaan PIP ialah meubuhkan sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Tahzibiah yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha pada 1965.

15) Bermula 1961, usaha-usaha menggabungkan ketiga-tiga persatuan ini dilakukan. Akhirnya setelah wakil-wakil PIS, PIP dan PIT diundang ke rumah Tun Datu Mustapha di Tanjung Aru pada awal 1969, mereka bersepakat untuk membubarkan persatuan mereka bagi membentuk persatuan Islam yang baru.

16) Jawatankuasa penaja dibentuk, kongres diadakan dan berjaya menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada ogos 1969. Tun Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua dan terdapat wakil-wakil PIP, PIS dan PIT di dalamnya. Era perjuangan Islam lebih tegas dan meluas sehingga terisytihar Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.

TEKA SILANG KATA






Amali Sembelihan



Amali sembelihan diketuai oleh Cikgu Roslan
Pelajar melihat contoh video sembelihan
Teori praktikal disampaikan oleh Ustazah Farhan








Ayam-ayam yang telah selamat disembelih









Tanda-Tanda Husnul Khotimah



Kematian merupakan suatu hal yang telah ditakdirkan oleh Allah swt. Setiap makhluk pasti akan kembali kepada-Nya. Dan setiap muslim yang beriman tentunya ingin kembali ke pangkuan Illahi dalam kondisi yang baik dan diridhoi oleh Allah swt, atau husnul khotimah. Sebagai makhluk ciptaan-Nya kita hanya bisa berdoa kepada Allah swt agar diberikan akhir yang baik pada hidup kita di dunia. Allah swt telah menetapkan tanda-tanda husnul khotimah. Berikut ini adalah tanda-tanda husnul khotimah serta golongan-golongan yang akan mendapatkannya:

1. Mengucapkan kalimat syahadat ketika wafat
Rasulullah bersabda:”Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan “Laa ilaaha illallah” maka ia dimasukkan ke dalam surga.” (HR. Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat

Hal ini berdasarkan hadits dari Buraidah Ibnul Khasib, adalah dahulu ketika Buraidah di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumat

Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari jumat atau pada malam jumat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari siksa kubur.” (HR. Ahmad)

4. Mati syahid dalam medan perang dan berjuang di jalan Allah

Hal ini terdapat dalam firman Allah swt: “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan-Nya dengan mendapat rezeki, mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikanNya kepada mereka dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada kekawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahal orang-orang yang beriman.” (Ali Imran:169-171)
Selain itu, terdapat pula dalam hadits sebagai berikut:
Rasulullah saw bersabda: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan yaitu: diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya mengucur, melihat tempatnya di dalam surga, dilindungi dari adzab kubur, dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar, merasakan kemanisan iman, dikawinkan dengan bidadari, dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya.” (HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Seorang sahabat Rasulullah berkata: “Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah mengapa orang mukmin mengalami fitnah di kuburan mereka kecuali yang mati syahid? Beliau menjawab: Cukuplah ia menghadapi gemerlapnya pedang di atas kepalanya sebagai fitnah.”  (HR. an-Nasai)
Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang memohon mati syahid kepada Allah dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan menyampaikannya derajat para syuhada sekalipun ia mati diatas ranjangnya.” (HR. Imam Muslim dan al-Baihaqi)

5. Wafat karena tenggelam serta karena penyakit tertentu seperti kolera, tuberculosis (TBC), dan busung perut

Rasulullah saw bersabda: “Mati di jalan Allah adalah syahid, dan perempuan yang mati ketika tengah melahirkan adalah syahid, mati karena terbakar adalah syahid, mati karena tenggelam adalah syahid, mati karena penyakit TBC adalah syahid, dan mati karena penyakit perut adalah syahid.” (HR.Thabrani)
Dari Hafshah binti Sirin bahwa Anas bin Malik berkata: “Bagaimana Yahya bin Umrah mati? Aku jawab: “Karena terserang penyakit kolera.” ia berkata: Rasulullah telah bersabda: penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap muslim.” (HR. Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
Aisyah bertanya kepada Rasulullah saw tentang penyakit kolera. Lalu beliau menjawab;”Adalah dahulunya penyakit kolera merupakan adzab yang Allah timpakan kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya kemudia Dia jadikan sebagai rahmat bagi kaum mukmin. Maka tidaklah seorang hamba yang dilanda wabah kolera lalu ia menetap dikampungnya dengan penuh kesabaran dan mengetahui bahwa tidak akan menimpanya kecuali apa yang Allah tetapkan baginya pahala orang yang mati syahid”(HR. Bukhari, al-Baihaqi dan Ahmad)
6. Perempuan yang wafat karena melahirkan
Dari Ubadah ibnush Shamit ra bahwa Rasulullah saw menjenguk Abdullah bin Rawahah yang tidak bisa beranjak dari pembaringannya, kemudian beliau bertanya : “Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? Orang-orang yang ada menjawab: Muslim yang mati terbunuh” Beliau bersabda: “Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati karena penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati karena bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya kesurga).” (HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi)

7. Wafat karena mempertahankan harta dari perampok

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mati karena mempertahankan hartanya adalah syahid.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu DAud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Abu Hurairah berkata, seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata: “Ya, Rasulullah, beritahukanlah kepadaku bagaimana bila ada seseorang yang datang dan akan merampas hartaku” Beliau menjawab: “jangan engkau berikan”  Ia bertanya; bagaimana kalau ia membunuhku? Beliau menjawab: Engkau mati syahid. Orang itu bertanya kembali; Bagaimana kalau aku yang membunuhnya? Beliau menjawab:  ia masuk neraka.” (HR. Imam Muslim, an-Nasa’i dan Ahmad)

8. Mati dalam membela agama dan jiwa
Rasulullah saw bersanda: “Barangsiapa mati terbunuh dalam membela hartanya maka ia mati syahid, dan siapa saja yang mati dalam membela keluarganya maka ia mati syahid, dan barang siapa yang mati dlam rangka membela agama(keyakinannya) maka ia mati syahid, dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) maka ia syahid.” (HR. Abu Daud, an-Nasa’i, at-tirmidzi, dan Ahmad)

9. Orang yang selalu mengerjakan amal saleh hingga akhir hidupnya, termasuk meninggal dalam keadaan sedang menjalankan ibadah kepada Allah swt.

Dari Ali bin Abi Tholib ra, dia berkata : “Suatu hari saya akan menunaikan sholat subuh di masjid bersama Rasulullah saw, tapi di tengah jalan aku bertemu dengan seseorang yang sudah renta juga mau ke masjid untuk menunaikan sholat subuh, aku terus berjalan di belakangnya, dan ketika kami berdua sampai di masjid ternyata sholat berjamaah sudah usai, akhirnya aku sholat subuh berjamaah dengan kakek itu, dan ketika aku salam tahiyyat akhir si kakek tetap bersujud dan ternyata si kakek telah meninggal dunia, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, bagaimana keadaan kakek ini di akhirat?” Rasulullah saw menjawab, “Dia masuk surga” (HR Ahmad & Daruqutni)

10. Ketika wafat, wajahnya terlihat tenang, damai, dan tersenyum seolah-olah ia melihat bidadari di syurga

Dari Abu Darda ra, Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan keluar ruhnya seorang mukmin sampai dia melihat tempatnya di surga, dan tidak akan keluar ruhnya seorang kafir sampai dia melihat tempatnya di neraka” (HR Al-Baihaqi)


Sunday, 13 September 2015

PANORAMA SMK BUNDU TUHAN

LALUAN MENUJU KE KELAS

LALUAN KE ASRAMA LELAKI DAN ASRAMA PEREMPUAN




BANGUNAN KELAS



PEMANDANGAN KELAS DARI KANTIN SEKOLAH

Pengenalan Pendidikan Islam



PENDIDIKAN ISLAM bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid/pelajar berdasarkan ajaran Islam.  Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik.  Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam.  Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan.  Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu  lagi memberi pendidikan.
   
                  Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik.  Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan.  Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun adalah pendidikan.  Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam.  Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah,   juga tuntutan Islam.  Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.

                  
                   Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam  bukan terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam.  Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam.  Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam.  Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam.  Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat.   Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.
     

                   Kalau di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan sesuatu yang baik atau sesuatu suruhan Tuhan, seperti solat, tutup aurat dan sebagainya, manakala dirumah ibu bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat menurut kehendak Islam, bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan pendidikan Islam dalam aspek tersebut.  Sama juga  dengan  sekolah.  Jika guru Pendidikan Islam mengajar dan mendidik pelajarnya dengan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam seperti di atas, tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna guru Islam tidak mendidik pelajarnya yang beragama Islam supaya menghayati ajaran Islam.  Ini bermakna, guru tersebut tidak mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.
                  
                  Demikian jugalah dengan masyarakat.  Jika masyarakat tidak membanteras segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang wujud dalam masyarakat tersebut, sebaliknya menganjurkannya pula, bermakna masyarakat tersebut tidak mendidik anak buahnya dengan pendidikan Islam, malah sebaliknya meruntuhkan Islam.  Kalau inilah yang berlaku, pendidikan Islam yang dilakukan oleh guru Agama dalam bilik kelas itu tidak akan berkesan.  Dengan demikian, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, seperti keruntuhan akhlak dan sebagainya, maka jangan disalahkan orang lain.  Kerana itu yang dikehendakai oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Setiap orang akan menegakkan benang basahnya dengan mengatakan ia betul dan orang lain yang salah seperti cerita bangau oh bangau, tetapi kita lupa, bahawa setiap orang akan menjawabnya di hadapan Tuhan.
   
                 Malah, dalam pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri, jika guru tidak hati-hati, guru hanya menyampaikan maklumat atau pengetahuan Islam sahaja, guru berkenaan tidak mendidik dengan pendidikan Islam.  Misalnya, guru Pendidikan Islam atau guru agama mengajar pelajarnya dengan tajuk Syarat Wajib Jumaat.  Di akhir pelajaran pelajarnya dapat menyebut syarat-syarat tersebut, maka ini baru tercapai objektif pelajaran.  Guru tersebut, sebenarnya belum lagi mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.  Pendidikan itu ialah kata-kata nasihat supaya pelajar menghayati ajaran Islam.
              
              Kalau dalam tajuk ini, guru hendaklah menasihati pelajarnya (lelaki) supaya menunaikan solat Jumaat.  Lebih baik lagi, guru mengiringi pelajar ke masjid.  Dan sebelum ke masjid,  guru patut juga mendidik pelajarnya.  Iaitu menasihatkan pelajar supaya jangan bising di masjid.  Duduk dengan tertib di dalam masjid dan membaca apa-apa zikir yang baik, seperti membaca al-Quran atau selawat ke atas nabi.  Jika ini berlaku, maka barulah dikatakan mendidik dengan pendidikan Islam.  Demikianlah seterusnya dalam tajuk-tajuk yang lain, atau pun pelajaran-pelajaran yang lain yang bukan mata pelajaran agama.  Bagi guru yang kreatif, ia boleh memasukkan pendidikan Islam melalui pelajarannya.

   
                Ini bermakna, bahawa pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud.  Pertama bermaksud pendidikan Islam khusus. Iaitu yang merangkumi pelajaran tradisional seperti aqidah, ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya.  Kedua ialah pendidikan Islam umum, yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta melewati segala aspek hidup.  Inilah yang dikatakan pendidikan Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...